Monday, 2 January 2017


Assalamualaikum,sahabat semua.
Semoga sihat wal'afiat hendak-Nya.
Okey....ready?
Untuk 1st entry January 2K17 ni,liza nak share info kesihatan berkaitan penyakit Gout.Kenapa mesti penyakit Gout? Sebab,,,,bertemakan promosi Shaklee January 2K17 ni, Vivix lah paling bagus dan mampu mengatasi Masalah GOUT ni.
Mesti ramai tertanya-tanya,,,,apakah penyakit Gout ni? Doktor ada mendiagnosakan Gout ni ke atas seseorang pesakit yg mungkin salah seorang ahli keluarga anda semua or,mungkin sahabat anda juga?
Jom liza perkenalkan anda secara lebih dekat dan lebih mendalam tentang penyakit ni berserta cara mengatasi masalah Gout ni supaya tak hinggap lagi lepas ni,sesungguhnya,,,,mencegah itu lebih baik dari merawat sebab once kita start rawatan, akan memakan masa & belanja yg sangat besar serta menjejaskan tahap kesihatan secara berlarutan.

Penyakit Gout – Tanda, Rawatan Dan Pencegahannya

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.


  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
TANDA GOUT
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes

  • RAWATAN
  • Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rawatan serangan akut
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
PEMAKANAN
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKANKURANGKAN MAKAN
  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin

PENCEGAHAN
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, cubalah makan beberapa atau semua jenis makanan berikut yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

1. PERASA & REMPAH
  • Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
  • Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

2. SAYUR-SAYURAN. 
  • Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
  • Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

3. BIJIRIN KECIL.
Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

4. HERBA
  • Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.
  • Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
  • Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
  • Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
  • Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.

5. PRODUK TENUSU
Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.
Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.
Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.
Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN
Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.
Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.
Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.
Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

7. CECAIR
Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.
Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

8. BIJIRIN PENUH
Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.
Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.
Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.
Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.
Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

9. BIJIRIN BEBAS YIS
Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.
Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.
Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.
Antara pemakan sihat lain th perlu diambil kira dan perlu dititikberatkan juga adalah,mengamalkan pengambilan supplement Shaklee seperti Vivix.
Jom kita kenali VIVIX.
Now,,,,,jelaskan?
Lebih yakin untuk memelihara tahap kesihatan yg optimum dengan mengamalkan pengambilan VIVIX ketika ini.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Vivix ni,,,liza sedia membantu anda.
SELAMAT MENCUBA :-)
INGAT!!!! KESIHATAN ITU PENTING.






Wednesday, 28 December 2016

ANNIVERSARY MAMA & PAPA DI HARI CUTI SEKOLAH

JOM GI GENGTING HIGHLANDS

Tanggal 22/12/2016......
Bersamaan Hari Khamis.... Kalau nak tahu,,,,tu lah detik ulang tahun perkahwainan liza & hubby tersayang  lagi dicintai yg ke-9.Sekejap jer,,pejam celik-pejam celik jer kan?Tahun depan dah 10thn.Eh,,,,picture ni pula yg keluar,,,tak per lah,,,,kad kahwin pun shining lagi tu nampaknya.Malu-malu kucing pulak masa ni,tak sangka ada jodoh rupanya.



Alhamdulillah,,,,semoga perhubungan perkahwinan kami ni berkekalan, dilindungi & diberkati Allah s.w.t hingga ke Jannah seperti mana yg didoakan oleh semua orang di luar sana.
Aamiin.....syukur ke hadrat Allah.

Bertema kan SCHOOL HOLIDAY,kami berdua ambik kesempatan dengan bawa hero-hero kesayangan kami iaitu Muhammad Wafiey Syaukat,senang dipanggil Syaukat & Muhammad Aariz Mikhail,senang dipanggil Mikhail terus bercuti ke GENTING HIGHLANDS,,,,GENTING WORLD RESORT !!!!Masa untuk fun-fun holiday , setelah penat setahun anak-anak bersekolah,mama & papa pun nak enjoy ler jugak bila dah tak kerja.
Yahoooo,,,, masa untuk bersejuk-sejuk dah tiba.Mana tak nyer,,,,,sangat teruja Next month,New year jugak ( 12/01/2017-15/01/2017 ),,,nak lencong obersea pulak,,,,so,,,,nak practices ler kononnyer,,,,sesuai ker idok ler dengan cuaca yg dijangkakan musim sejuk bermula (12°c -17°c )kat sana.Boleh tahan ke idok? Tu ler tujuan utama kenapa pilih Genting sebagai destinasi pilihan kali ni.
Okey,,,,bertolak dalam pukul 9.30am,,,,berhenti sarapan #murtabakpetasih yg BEST GILER tu & teruskan perjalanan.Hurmmmm,Nnyummm,nyummmm,,,yummyyyy

Around jam 11.00 kami selamat parking di station cable car baru siap dibina,,, merasa ler naik skyway baru tu,,,,serba serbi baru dan masih dalam penambahbaikan.
Siap beratur panjang lebar beli tiket,kami pun berlabuh bontot atas kusyen besi sejuk "gedi-gedi" tu bak kata org utara.
Pengalaman yg menggelikan hati tengok keletah papa & anak-anak,kesejukan bontot,hihihi,klakar,klakar sangat,mama mcm biasa rekod video & selfie wefie ajer sebagai kenang-kenangan & tatapan follower yg entah ado entah takdo ler ni kan????
kikiki,syiokkk sendiri,adoiiii,letih menaip.
Okey....ni lah sebahagian gambar yg berjaya dirakamkan untuk tatapan semua.
Welcome GENTING HIGHLANDS.


Setelah 12min berlalu,,,,dengan menaiki skyway tu,,,kami pun tiba di Avenue Of Star Genting Highlands.
Dah sampai ni lupakan jer  niat klau ada yg nk main permainan Outdoor tu yer,sebab masa ni masih belum siap sepenuhnya lagi,jangan-jangan kau jangan bermimpi,,hahahhhhh,nyanyi skit bagi hilang geram,,,,bayar mahal tapi Outdoor tak der.Turun jer skyway tu,,, ada pulak orang dok tayang(pamer) pict family yg diorang snap kat bawah tadi,,, pandai betoiiii lar,,,,,print kat atas ni,,,,bab nak mengompeh kan beg duit cepat ajer,,,,papa pulak macam biasa tersengeh mohon dibelanjakan lah duit mama yg ado,,,,wah,,,,untung banyak kan SALE minggu lepas,tau tau yorrrr kan?
Tak per,,  mama syaukat & Mikhail suka bergambar,,, so,,, melayang lah Rm37.00 semata-mata untuk sekeping gambar siap album ni.Tengok skit,,,, nasib sonyum lebau,,,,amboiiii,,,hah!tak rugi beli,kan?


Lepas tu terus masuk Avenue of Star,,,intai dulu dari atas ape yg berubah,,,ohhhh,,,decorations jer lebih sbb nak Happy Merry Christmas.
Permainan pun banyak pilihan,pilih jer ape nak,,keretapi tak laju,,sampan tergantung,rumah hantu,semua ada,,,,tapi sebab masa tak mengizinkan,,,kami terus tuju tempat yg penting dulu,,,,aper??? SNOW WORLD RESORT WORLD GENTING ler,,,sebab dah ramai org beratur panjang!!!!!Beratur 10min dengan harga Tiket  RM130.00 (Pakej Family ) 2A2C.
Masuk jer memang Fun habis,,,tak banyak ler moment Best & aktiviti menarik macam meluncur,main salji,selfie dgn kartoon ais dalam tu ,bergambar ala galeri yg berjaya di snap snap by hp ni akibat kesejukan dgn suhu terlampau =-4°C.Glove pulak tak mesra camera so nk buka glove kejap -kejap jer utk touch screen hp memang tak ler,dengan kejap kejap klua masuk snow world tu,masa pulak 30min jer satu sesi,,,agak byk masa mama ter buang masa tu,,,akibat kesejukan tu,,,1st time dok dalam cuaca gitew,,,,cramp kakikukukakitanganku jer,nasib ada cream penawar Shaklee ni,,, terawat ler sudah, wlpun byk picture tak berjaya di snapkan masa ni.Pelik,anak-anak rileks jer,tak sejuk pulak.
Ni jer gambar yg ado.....


 Dah kesejukan,,, keluar jer perut terus terasa lapar,,, dek kerana malas dah nk berjalan,,, kaki cramp tu baru hilang,,kami singgah sebentar menjamu selera di "Kenny's Roger Roaster"
Berselera makan,, sedap sangat....tengok anak-anak,mama terus kenyang,,,, selamat menjamu selera,nyum,nyummmm...

                               
Lepas makan berangkat pulang dengan menaiki skyway sekali lagi,,,ditemani hujan membasahi bumi hijau gunung ganang.
Semoga berjumpa lagi....
Salam Sayang Keluarga Shaklee :-)




  



BERIKUT ADALAH SENARAI KOMBINASI MENGIKUT KEPERLUAN KESIHATAN ANDA.

Set cadangan selain yang tertera ,anda boleh memilih sendiri seterusnya boleh menghubungi pihak kami bagi mendapatkan khidmat nasihat & panduan.

10)SET J-2
(IBU MENGANDUNG TRIMESTER 2&3)
-SET J-1
-OMEGA GUARD (90Tabs)

11)SET K
(KURUSKAN BADAN)
-LECITHIN (180 Tabs)
-ALFALFA (330 Tabs)
-HERB-LAX (120 Tabs)

12)SET N
(SUAMI ISTERI)
-VIT E (120 Tabs)
-ALFALFA (330 Tabs)
-OSTEOMATRIK (120 Tabs)

Harga yg dipamerkan adalah HARGA PASARAN & untuk mendapatkan harga selepas diskaun.

SILA HUBUNGI MELALUI TELEFON/WHATSAPP/TELEGRAM.
SHAKLEE DISTRIBUTOR ANDA :
010-2283957
(HASLIZA AZAMI)
No.ID : 1189241
BERIKUT ADALAH SENARAI KOMBINASI MENGIKUT KEPERLUAN KESIHATAN ANDA.

Set cadangan selain yang tertera ,anda boleh memilih sendiri seterusnya boleh menghubungi pihak kami bagi mendapatkan khidmat nasihat & panduan.

7)SET G
(RESDUNG,ASTHMA,ALERGIC,EKZEMA)
-ALFALFA (330 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)

8)SET H
(IBU MENYUSU)
-NUTRIFEWRONT 30x 1.2 g)

9)SET J-1-
(IBU MENGANDUNG &
VITA-LEA (120 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)
-OSTEOMATRIK (120 Tabs)
-ENERGIZING SOY PROTIEN (850 gm )

Harga yg dipamerkan adalah HARGA PASARAN & untuk mendapatkan harga selepas diskaun.

SILA HUBUNGI MELALUI TELEFON/WHATSAPP/TELEGRAM.
SHAKLEE DISTRIBUTOR ANDA :
010-2283957
(HASLIZA AZAMI)
No.ID : 1189241

BERIKUT ADALAH SENARAI KOMBINASI MENGIKUT KEPERLUAN KESIHATAN ANDA.

Set cadangan selain yang tertera ,anda boleh memilih sendiri seterusnya boleh menghubungi pihak kami bagi mendapatkan khidmat nasihat &panduan.

4)SET C
(BERPANTANG 40 HARI / PEMBEDAHAN)
-VITA-LEA (120 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)
-ZINK (120 Tabs)

5)SET D
( PERIOD TAK TERATUR/PCOS/KESUBURAN
-VITA-E (120 Tabs)
-GLA COMPLEX (60 Tabs)


6)SET E
(KECANTIKAN KULIT)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)
-VIT-E (120 Tabs )
-GLA COMPLEX (60 Tabs)

Harga yg dipamerkan adalah HARGA PASARAN & untuk mendapatkan harga selepas diskaun.

SILA HUBUNGI MELALUI TELEFON/WHATSAPP/TELEGRAM.
SHAKLEE DISTRIBUTOR ANDA :
010-2283957
(HASLIZA AZAMI)
No.ID : 1189241
KOMBINASI SET MENGIKUT KEPERLUAN

BERIKUT ADALAH SENARAI KOMBINASI MENGIKUT KEPERLUAN KESIHATAN ANDA.

Set cadangan selain yang tertera ,anda boleh memilih sendiri seterusnya boleh menghubungi pihak kami bagi mendapatkan khidmat nasihat & panduan.

1)SET A
(KESIHATAN OPTIMUM)
-VITA-LEA (120 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)

2)SET B
(IBU MENYUSU)
-VITA-LEA (120 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)
-ALFALFA (330 Tabs)

3)SET B2
(IBU MENYUSU) OPTIMUM
VITA-LEA (120 Tabs)
-B-COMPLEX (120 Tabs)
-VITA-C (180 Tabs)
-ALFALFA (330 Tabs)
-OSTEOMATRIK (120 Tabs)
-ENERGIZING SOY PROTIEN (850 gm )

Harga yg dipamerkan adalah HARGA PASARAN & untuk mendapatkan harga selepas diskaun.

SILA HUBUNGI MELALUI TELEFON/WHATSAPP/TELEGRAM.
SHAKLEE DISTRIBUTOR ANDA :
010-2283957
(HASLIZA AZAMI)
No.ID : 1189241

SHAKLEE SAH IKTIRAF HALAL OLEH JAKIM


MENGAPA SHAKLEE?

KERANA:

1)Berasaskan sumber semulajadi yg tulen dan bebas dari bahan pengawet tiruan,pemanis,pewarna, dan perisa.

2)Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.

3)Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

4)Setiap produk mengandungi bahan aktif yg tepat untuk kesihatan yg optimum secara konsisten.

5)Shaklee mematuhi syarat manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yg lebih ketat berbanding yg lain.

6)Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia,dengan membantu para Atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

7)Produk Shaklee di Malaysia di Sahkan HALAL oleh ISA- ISLAMIC SERVICE OF AMERICA,badan yg diiktiraf  oleh JAKIM.